11 March, 2009

Fantastic Reds


I'm just watched the thrilling game between Liverpool and Real Madrid in UEFA Champions League competition. This game could be the classic encounter as both teams are the most successful team in Europe. This is the first time that Liverpool meet Real Madrid in this competition since 1981. Fortunately my favourite team, Liverpool managed to beat Real Madrid 4-0 (5-0 in aggregate) with emphatic and well deserved victory. That game prove to be one of the best game that I've seen this season. But the most important thing is Liverpool are through to the quarter final. Well done The Reds :)

The pictures here show the best actions of that night:

Fantastic atmosphere from Anfield

First goal from Fernando Torres...this man is simply brilliant tonight with his all action display

Steven Gerrard the 'Captain Fantastic'. He leads the team to the victory with 2 goals on his name.

Some controversial action at this night

The scoreboard tells it all

Final destination to reach

Trophy to win

10 March, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Di kesempatan ini nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 571 Masihi. Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan 12 Rabiulawal setiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia dan khususnya di Malaysia sempena memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w iaitu rasul terakhir sepanjang zaman.

Walaupun Maulidur Rasul tiba setahun sekali, tapi kita tetap mengingati Rasulullah setiap hari. Ini kerana kebanyakan perbuatan kita seharian adalah sunnah Rasulullah sendiri menyebabkan kita takkan lupa terhadap Rasulullah walaupun baginda sudah tiada.

Ini adalah gambar kenangan mengenai riwayat hidup Rasulullah:

Rumah tempat kelahiran Rasulullah (sekarang dijadikan perpustakaan)

Rumah kediaman Rasulullah

Pedang

Rambut

Janggut

Tapak kaki

Selipar

Serban

Topi besi

Surat

Busar & Panah

Celak rambut

Cop mohor

Pintu makam

08 March, 2009

Jalan Jalan Makan Makan

Aku baru je balik dari makan kat luar dgn kawan2 sekelas aku. Masuk hari ni je dah dua hari berturut2 aku gi makan malam kat luar dari UMP ni. Semalam aku makan kat restoran Sinar Mesra pastu hari ni plak kat Chilli Tomyam. Walaupun aku tak kisah makan kat mana2, tp disebabkan dah terlalu jemu dan muak ngan makanan kat kafe2 UMP ni, jadi asalkan ada je org ajak aku makan kat luar aku ikut je. Bezanya makanan kat luar mahal sikit dari dalam UMP ni.

Semalam aku keluar bertiga je ngan Ayuni & Amy. Tp hari ni kitorang keluar berlima termasuk Akmal ngan Izhan skali. Mula2 keluar berempat je tp alang2 Izhan dah sampai kat simpang Gambang tu lepas turun bas dari Melaka jd kitorang kutip dia kat situ bwk pegi makan sekali. Hehe.

Ni nasi goreng belacan aku order..rasanya tak la sedap sgt bagi aku tp ok je la

Akmal ngan Izhan tgh melahap

Haha...gambar candid yuni tgh makan. Sorry la amy gambar tak masuk. Nampak tangan je..hoho

Muka aku yg kekenyangan...

Perjalanan balik UMP..

Aku sebenarnya dah tak tahan muak ngan makanan kat kafe di kolej kediaman aku ni. Setiap hari je aku jadi buntu nak makan apa terutamanya malam. Tgh hari aku tak kisah sgt sbb mmg akan makan nasi campur lauk tp bila malam la bila menjadi masalah aku skg.

Sebelum ni ada satu kafe buat masakan panas. Diorang hire tukang masak dari selatan Thai. First time aku nak rasa masakan dia jadi aku mintak nasi goreng kampung. Mmg sedap la. Bukan sedap je tp aku puas hati sbb berbaloi dgn harga. Ada skali aku mintak nasi goreng belacan. Peliknya stail brother ni punya nasi goreng belacan ada lauk. Byk plak tu. Tak caya cuba tgk :

Haha..ni la nasi goreng belacan yg aku order.. nasi pun tak nampak sbb banyak sgt lauk kat atas

Brother Siam ni mmg bleh masak mcm2 nasi goreng. Nasi goreng yg pelik2 pun ada. Contohnya nasi goreng Portugal, Pattaya Une, Thai, Nenas dan macam2 lg. Semuanya sedap2 belaka. Tp masakan dia yg paling sedap bagi aku adalah tomyam dan telur bungkus. Maklum la dah mmg org sana mesti power masak benda2 cmtu. Aku mmg regular customer hari2 kat situ sampai dia pun dah kenal aku.

Tp skg dia dah tak kerja kat kafe tu lg. Mmg kecewa btul aku sbb dah menyusahkan aku tak tau nak makan apa hari2 kat situ. Aku tak tau la sbb apa dia berhenti atau diberhentikan tp aku agak mesti sbb tak sekepala ngan tauke kafe tu. Bagi aku mmg salah tauke tu sbb dia yg tak pandai handle tukang masak ni. Sebelum ni dah berapa ramai tukang masak yg kerja kat kafe dia pastu berhenti. Aku bukan nak mengutuk tp aku dapat rasa pakcik kafe tu mcm org tak reti berniaga. Org selalu berniaga ikut kehendak pelanggan tp dia plak ikut kepala dia. Mcm mana la tukang masak tak lari cmtu. Aku pun mmg ada benda yg tak puas hati ngan pengurusan kafe tu tp malas la nak citer sbb banyak sgt.

Sesungguhnya aku bersyukur la harga makanan kat sini masih berpatutan walaupun naik skit selaras ngan harga minyak naik dulu. Kira ok la tu kan...

06 March, 2009

Puisi Lelaki Dan Wanita


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Usahkan mahu menyentuh hati,
Mengintai cintanya juga tidakku berani,
Membiarkan masa menjadi saksi,
Biar mencintainya tidakkan ku berhenti,

Namun sebagai lelaki aku semakin menyedari,
Di hadapanku bukan sekadar bidadari,
Tetapi seseorang yang mahu ku jadikan isteri,
Aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
Dan membawa cinta ini hingga ke mati….

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu..
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai merindui syurgaMu,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Janganlah biarkan aku tertatih-tatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Dan jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…