28 June, 2009

Final Wind Orchestra 2009

Pada 20 Jun 2009 aku ngan family pegi menonton Final Wind Orchestra di PICC, Putrajaya. Adik aku ada mewakili sekolah dia untuk final orchestra ni, jadi satu family dtg untuk bagi sokongan untuk sekolah dia iaitu MCKK.

Pertandingan ini melibatkan band orchestra di setiap sekolah seluruh negara. Mana yang dpt masuk final akan bertanding untuk merebut Piala Dato Najib kat PICC. Sampai tahun ni, dah 3 kali berturut2 adik aku dpt masuk final.

Pemandangan sebelum acara bermula

Nasib baik dtg awal jd dpt la tempat duduk

Bosan menunggu

Buku panduan acara

Pengacara Suhaimi Sulaiman

Team The Malay College Kuala Kangsar

Selesai acara...dpt no 4 je

ngan adik

Pertandingan ni dimenangi Kolej Tunku Kursiah. Sekolah adik aku MCKK dpt no 4 je. Aku rasa mcm tak percaya je TKC tu bleh menang. Sbb aku tgk diorang nyer ada buat silap dan ada part yang bunyi sumbang. Heran jgk tu. Lantakla tu. Rasanya para hakim dah kena rasuah. Haha.

Dah selesai kat PICC, aku pegi Masjid Putrajaya plak. Solat asar dulu pastu amik gambar. Tp masjid tu pun kena buat renovation balik. Ada byk struktur yg masalah. Apa la benda cmni bleh jadi. Padahal masjid tu baru je beberapa tahun dibina dah macam2 rosak. Entah2 masjid tu pun dibuat ngan tergesa2.

Berlatar belakangkan bangunan pentadbiran

Masjid Putrajaya

Praktikal di PPMSB...

Aku skg tgh praktikal selama 3 bulan dari 15 Jun sampai 18 September jadi jarang nak main internet dan update blog..

Aku praktikal kat Petronas Penapisan Melaka Sdn Bhd (PPMSB). Kerja dari 8 pagi sampai 5 petang. Dari rumah ke sana 10 minit je kalau naik kereta...

Kat sini kerja aku ikut technician ngan engineer buat Preventive Maintenence (PM) dan kerja2 lain berkaitan elektrik kat dalam process area kat sini. Setakat ini aku baru buat PM untuk power transformer dan battery charger untuk UPS (Uninterupable Power Supply) sbb baru 2 minggu aku praktikal kat sini. Byk lagi benda yang menanti...

Kat sini mmg banyak benda yang boleh belajar. Tp kat sini safety precaution amat penting sblm buat kerja...tp seronok jugak dpt tgk mcm mana minyak mentah di proses kat sini..

Next time aku akan upload gmbr kehidupan praktikal aku kat sini.. Skg ni nk amik gmbr pun curi2 sbb kat sini dilarang amik gambar.. Skg ni pun baru sikit kumpul gambar... Tunggu post akan dtg..

18 April, 2009

16 April, 2009

5 yang best dan 5 yang tak best di UMP

Sempena semester terakhir kat UMP ni, aku nak meluahkan rasa hati aku sepanjang pengalaman aku duk kat universiti ini. Ini adalah pendapat aku sendiri berdasarkan apa yang aku rasa. Kalau tak setuju, aku tak kisah pun..haha

5 yang BEST:

1) Kawan-kawan

- mmg tak dinafikan kat sini member2 mmg sgt best. Kalau dibandingkan kawan2 masa aku sekolah, matrik, dan universiti, mereka yang kat UMP ni la yang terbaik terutamanya classmate aku. SEBAB aku ckp cmni kerana kat sini la aku paling jarang tension kalau pasal kawan2. Masing2 menunjukkan respect walaupun tak sekepala atau tak rapat. Bdk2 pompuan kelas aku pun best jgk walaupun ada yg aku tak berapa rapat. Tp apa2 pun, semua member2 yang baik ngan aku tetap best dan aku takkan lupa sampai bila2.

2) Lab

- ini la satu2nya yang aku bangga dgn UMP berbanding ngan universiti lain. Aku pernah melawat ke UKM, UPM dan UTM dan aku tetap kata lab UMP paling best. SEBAB aku kata cmtu adalah lab kat sini agak berbeza dari segi suasana dan kemudahan yg ada berbanding lab kat universiti lain. Kalau tak caya dtg la sendiri tgk kat sini. Lab kat sini agak besar dan segala mesin2 dan alat2 yg ada kat sini kebanyakannya sebijik macam kat industri. Kat sini student lebih diajar mengenai praktikal berbanding ngan teori semata2. Aku tak buat citer yg membanggakan diri tp mmg hakikatnya semua org cakap cmtu..hehe

3) Suasana

- walaupun UMP ni lebih kecik dari universiti lain seperti UM, UKM, UPM, UTM, USM dan sebagainya tp aku suka cmni. Nak gi kelas ke, gi lab ke, gi post guard depan ke, gi kolej kediaman yg lain ke, mmg senang je sbb tak jauh sgt berbanding ngan universiti lain. Walaupun still kena naik basikal atau kereta tp mmg jarak tempat yg kita nak pergi mmg tak berapa jauh. Kalau pusing satu UMP ni naik basikal setengah jam dah selesai.
- satu lagi UMP ni tak sibuk mcm universiti lain. Walaupun terletak kat tepi lebuh raya tp tak rasa pun bunyi bising. Kenderaan yg keluar masuk pun tak banyak setiap hari kecuali time peak hour.

4) Kolej kediaman

- satu lagi yg best kat sini adalah aku tak perlu risau kena duk luar sbb kediaman disediakan untuk semua pelajar tak kirala aktif atau tak. Kalau kat universiti lain, contohnya UiTM, bila dah masuk tahun 2 kenalah pandai2 duduk kat luar universiti cari rumah sewa sendiri. Kalau nak duk dlm pun sgt terhad kepada org yg aktif dlm aktiviti je. Kat sini, walaupun asrama dah tak cukup untuk menampung pelajar tp ada disediakan kawasan perumahan yg disewa oleh UMP dan dijadikan sebagai kolej kediaman. Satu rumah didiami 8 org. Sewa tak payah bayar sbb sudah termasuk dlm yuran pengajian. Bil air ngan api pun tak payah fikir. Guna je sampai puas tp jgn sampai kantoi..hehe. Sama je mcm duk kat asrama tp bezanya duk dlm rumah dan ada bilik sendiri. Best kan? Sesungguhnya aku bersyukur dgn kemudahan yg disediakan.

5) Kehidupan bersosial

- Yg bestnya kat UMP ni, kalau bab bersosial mmg senang kita nak kenal ngan bdk2 dari kos lain. Kalau kat universiti lain selalunya susah nak jumpa mcm ni. Kalau kenal pun bdk kos sendiri atau pun dari fakulti sendiri. Tp kat sini mcm2 org kita jumpa termasukla dari fakulti lain. Kalau pegi kafe ke, pegi masjid ke atau pun pegi kuliah pun kita akan dapat jumpa muka yang sama je setiap hari. Pastu kalau nak join aktiviti mmg sgt senang. Kalau universiti lain mmg terhad sbb student sgt ramai tp kat sini tak ramai sgt yg berebut nak join aktiviti. Kadang2 sampai kena paksa masuk plak tu. Hehe. Mungkin sbb faktor UMP yang bersaiz kecil dan bilangan pelajar yg sikit tu yg jadi cmni.

5 yang TAK BEST:

1) Internet

- Sejak dari tahun satu lagi internet UMP mmg troublesome. Mcm2 masalah sebenarnya internet UMP ni. Mula-mula pakai wireless tp sgt la tak best. Connection tak stabil, signal putus2, server down. Kadang2 je ok tp selalunya mmg tak ok. Skg dah pakai LAN cable. Hasilnya mmg lagi memuaskan dari wireless. Connection lebih stabil. Tp still takde improvement dari segi server tu sendiri. Kalau ramai je org pakai internet, mmg slow la connection tu. Skg ni plak connection bleh plak tak stabil dan asyik putus2. Kata selalu buat maintenence tp hasilnya mcm takde perubahan pun.
- Satu lagi polisi yang aku pelik pasal internet UMP ni adalah pasal block certain website daripada dilayari oleh student. Aku setuju kalau dia block website lucah tp tak setuju kalau dia block skype dan ym dari digunakan. Ini terjadi masa tahun 1 dulu. Friendster pun block. Website yg jadi tempat download tu mmg dah tau la diorang akan block. Tp nasib baik la student UMP ni bijak. Ada je cara kalau nak lepas masuk website yg diblock ni. Tp asalkan guna untuk tujuan yg baik. Hohoho..

2) Air

- UMP selalu je ada keadaan terputus bekalan air. Masalahnya bila takde air ni semua kerja jadi susah. Nak mandi, wudhuk, basuh baju, nak buang air semuanya jadi masalah. Bila takde air ni, kesabaran kita diuji dgn sangat tinggi. Takde air ni satu masalah yg lebih kronik drpd takde elektrik atau takde internet. Paling teruk skali pernah seminggu takde air. Bayangkan betapa peritnya hidup time genting cmtu. Kesian kat bdk2 perempuan sbb bila takde air diorang la yang paling susah sekali. Faham2 je la kan. Tp masalah air ni sbb yang berlaku sama je. Asyik2 paip pecah kat loji air empangan Lepar tu. Ntah paip apa diorang pakai asyik pecah je. Walaupun bukan salah UMP, tp aku tetap bengang sbb org lain buat masalah, org lain jgk yang kena.

3) Fakulti

- Yg aku nak ckp ni pasal fakulti aku iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Sejak aku belajar kat sini, aku dpt lihat sistem pentadbiran tunggang langgang. Polisi asyik bertukar tp lagi menyusahkan. Dekan asyik bertukar setiap penggal, tp lagi ckp berbalik-balik. Masalahnya polisi diorang tu la menyusahkan student sendiri. Asyik buat perubahan polisi tapi takde penambahbaikan pun. Lagi menyusahkan ada la.
- Satu lagi aku mmg tak puas hati dgn segelintir lecturer yang mmg perangai tak betul ni. Jadi lecturer tp mcm nak mendera student. Student dikerah suruh buat itu ini tp komplen lebih banyak dari membantu. Terus terang aku tak kan respect lecturer cmni. Tak semua lecturer cmtu. Aku tak nafikan mmg ada je yang best dan ok. Tp kalau jadi lecturer tp nak berlagak ngan ilmu yg ada toksah mimpi la nak dpt respect dari student sendiri. Boleh jadi student pun tak nak doakan kesejahteraan lecturer cmni sbb asyik nak mengutuk je..

4) Isu bodoh

- Benda ni terjadi masa aku tahun 3. Isu bodoh yang UMP utarakan adalah student diwajibkan pakai kad matrik sepanjang masa berada di UMP. Maksudnya kalau sebelum ini student hanya pakai kad matrik masa pegi kuliah atau semasa berurusan ngan pihak atasan universiti, tp skg pergi masjid time Maghrib atau time riadah pun kena pakai kat matrik. Padahal semua tu di luar waktu pejabat dan di luar kawasan yg mewajibkan pakai benda tu. Alasan nak mendidik supaya pelajar berdisiplin. Sgt la tak cerdik staf yang berkelulusan universiti ini dalam buat peraturan. Pelik tp mmg berlaku. Nasib baik student memberontak secara besar-besaran tak setuju. Mmg patut pun. Last2 peraturan ini dibatalkan. Nasibla kalau staf2 dan Naib Canselor sendiri kena maki hamun dgn student. Biar diorang rasa..Nasib baik la tak masuk berita. Kalau tak buat malu je...

5) Bosan

- UMP ni membosankan sebab duduk kat sini mcm terpenjara. Sbbnya terikat ngan peraturan mcm duduk kat asrama kat sekolah. Selepas pukul 12 tgh malam tak boleh keluar. Balik ke UMP lepas waktu tu pun kena soal macam2. Selepas pukul 12 tu jgk pak guard dah halau balik tak bleh merayap2 atau buat discussion kat tempat terbuka. Kafe2 tutup sgt awal iaitu dlm pukul 10 lebih pun dah tutup. Kalau nak makan time cmtu mmg dah takde makanan la jawabnya. Benda2 cmni takdela bagi masalah sgt kat aku tp tak selesa jgk kalau asyik diikat ngan peraturan mcm masa duk asrama sekolah dulu...huhu

14 April, 2009

PSM dah lepas

Alhamdulillah dah lepas pun badi Projek Sarjana Muda (PSM) yang menyeksakan...
Walaupun projek tak berapa nak jadi tapi at least dah boleh lulus dgn baik tu pun kira ok memandangkan aku mmg tidak suka langsung subjek ni...
Terima kasih kat supervisor aku Pn Nurulfadzillah yang banyak bagi idea dan nasihat serta member2 aku yang banyak menolong mana yang patut...
Aku bersyukur jgk sbb panel2 En Hazizulden, En Zamri, Cik Rohana, Pn Nurul Wahidah yang judge presentation aku tu baik2 belaka dan memberi kritikan yang berguna tidak seperti sesetengah panel yang tau maki student dan kritikan yg melampau...
Tahniah diucapkan kat member2 aku yg berjaya dlm presentation masing2...
Skg tinggal nak siapkan thesis sebelum berakhir semester ni...
Harap2 semuanya berjalan lancar... :)

05 April, 2009

Aduhai budak UMP...

Nama je belajar kat universiti tapi pemikiran tahap budak sekolah....bengang btul aku.

Aku bengang btul tak dpt tgk bola disebabkan diorang ni...

Dulu kad astro hilang kena curi, dah nak kena tunggu sebulan barula dpt diganti balik...
Skg ni pulak wayar kabel tv pulak hilang kena curi...ada tv, ada astro pun sama je tak dpt nak tgk...
Lepas ni ntah apa plak hilang kat bilik tv tu...

Sedarlah sikit...tv tu hak semua pelajar bukannya boleh buat suka hati je..
Sedarlah sikit...mencuri tu dah la berdosa besar..

Walaupun tak tau sapa pencuri tu, tp aku harap la dia mendapat balasan di kemudian hari..
Mati pun lagi baik kalau hidup pun byk menyusahkan org..

11 March, 2009

Fantastic Reds


I'm just watched the thrilling game between Liverpool and Real Madrid in UEFA Champions League competition. This game could be the classic encounter as both teams are the most successful team in Europe. This is the first time that Liverpool meet Real Madrid in this competition since 1981. Fortunately my favourite team, Liverpool managed to beat Real Madrid 4-0 (5-0 in aggregate) with emphatic and well deserved victory. That game prove to be one of the best game that I've seen this season. But the most important thing is Liverpool are through to the quarter final. Well done The Reds :)

The pictures here show the best actions of that night:

Fantastic atmosphere from Anfield

First goal from Fernando Torres...this man is simply brilliant tonight with his all action display

Steven Gerrard the 'Captain Fantastic'. He leads the team to the victory with 2 goals on his name.

Some controversial action at this night

The scoreboard tells it all

Final destination to reach

Trophy to win

10 March, 2009

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Di kesempatan ini nak ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 571 Masihi. Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan 12 Rabiulawal setiap tahun oleh umat Islam seluruh dunia dan khususnya di Malaysia sempena memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w iaitu rasul terakhir sepanjang zaman.

Walaupun Maulidur Rasul tiba setahun sekali, tapi kita tetap mengingati Rasulullah setiap hari. Ini kerana kebanyakan perbuatan kita seharian adalah sunnah Rasulullah sendiri menyebabkan kita takkan lupa terhadap Rasulullah walaupun baginda sudah tiada.

Ini adalah gambar kenangan mengenai riwayat hidup Rasulullah:

Rumah tempat kelahiran Rasulullah (sekarang dijadikan perpustakaan)

Rumah kediaman Rasulullah

Pedang

Rambut

Janggut

Tapak kaki

Selipar

Serban

Topi besi

Surat

Busar & Panah

Celak rambut

Cop mohor

Pintu makam

08 March, 2009

Jalan Jalan Makan Makan

Aku baru je balik dari makan kat luar dgn kawan2 sekelas aku. Masuk hari ni je dah dua hari berturut2 aku gi makan malam kat luar dari UMP ni. Semalam aku makan kat restoran Sinar Mesra pastu hari ni plak kat Chilli Tomyam. Walaupun aku tak kisah makan kat mana2, tp disebabkan dah terlalu jemu dan muak ngan makanan kat kafe2 UMP ni, jadi asalkan ada je org ajak aku makan kat luar aku ikut je. Bezanya makanan kat luar mahal sikit dari dalam UMP ni.

Semalam aku keluar bertiga je ngan Ayuni & Amy. Tp hari ni kitorang keluar berlima termasuk Akmal ngan Izhan skali. Mula2 keluar berempat je tp alang2 Izhan dah sampai kat simpang Gambang tu lepas turun bas dari Melaka jd kitorang kutip dia kat situ bwk pegi makan sekali. Hehe.

Ni nasi goreng belacan aku order..rasanya tak la sedap sgt bagi aku tp ok je la

Akmal ngan Izhan tgh melahap

Haha...gambar candid yuni tgh makan. Sorry la amy gambar tak masuk. Nampak tangan je..hoho

Muka aku yg kekenyangan...

Perjalanan balik UMP..

Aku sebenarnya dah tak tahan muak ngan makanan kat kafe di kolej kediaman aku ni. Setiap hari je aku jadi buntu nak makan apa terutamanya malam. Tgh hari aku tak kisah sgt sbb mmg akan makan nasi campur lauk tp bila malam la bila menjadi masalah aku skg.

Sebelum ni ada satu kafe buat masakan panas. Diorang hire tukang masak dari selatan Thai. First time aku nak rasa masakan dia jadi aku mintak nasi goreng kampung. Mmg sedap la. Bukan sedap je tp aku puas hati sbb berbaloi dgn harga. Ada skali aku mintak nasi goreng belacan. Peliknya stail brother ni punya nasi goreng belacan ada lauk. Byk plak tu. Tak caya cuba tgk :

Haha..ni la nasi goreng belacan yg aku order.. nasi pun tak nampak sbb banyak sgt lauk kat atas

Brother Siam ni mmg bleh masak mcm2 nasi goreng. Nasi goreng yg pelik2 pun ada. Contohnya nasi goreng Portugal, Pattaya Une, Thai, Nenas dan macam2 lg. Semuanya sedap2 belaka. Tp masakan dia yg paling sedap bagi aku adalah tomyam dan telur bungkus. Maklum la dah mmg org sana mesti power masak benda2 cmtu. Aku mmg regular customer hari2 kat situ sampai dia pun dah kenal aku.

Tp skg dia dah tak kerja kat kafe tu lg. Mmg kecewa btul aku sbb dah menyusahkan aku tak tau nak makan apa hari2 kat situ. Aku tak tau la sbb apa dia berhenti atau diberhentikan tp aku agak mesti sbb tak sekepala ngan tauke kafe tu. Bagi aku mmg salah tauke tu sbb dia yg tak pandai handle tukang masak ni. Sebelum ni dah berapa ramai tukang masak yg kerja kat kafe dia pastu berhenti. Aku bukan nak mengutuk tp aku dapat rasa pakcik kafe tu mcm org tak reti berniaga. Org selalu berniaga ikut kehendak pelanggan tp dia plak ikut kepala dia. Mcm mana la tukang masak tak lari cmtu. Aku pun mmg ada benda yg tak puas hati ngan pengurusan kafe tu tp malas la nak citer sbb banyak sgt.

Sesungguhnya aku bersyukur la harga makanan kat sini masih berpatutan walaupun naik skit selaras ngan harga minyak naik dulu. Kira ok la tu kan...

06 March, 2009

Puisi Lelaki Dan Wanita


Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah
Usahkan mahu menyentuh hati,
Mengintai cintanya juga tidakku berani,
Membiarkan masa menjadi saksi,
Biar mencintainya tidakkan ku berhenti,

Namun sebagai lelaki aku semakin menyedari,
Di hadapanku bukan sekadar bidadari,
Tetapi seseorang yang mahu ku jadikan isteri,
Aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
Dan membawa cinta ini hingga ke mati….

Ya ALLAH…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai Mu..
Jika aku rindu,
Rindukan aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu dan jagalah rinduku padanya agar tidak lalai merindui syurgaMu,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Janganlah biarkan aku tertatih-tatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Dan jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

23 February, 2009

7 Keajaiban Dunia Terbaru

7 Keajaiban Dunia versi terbaru ini telah diundi oleh lebih 100 juta penduduk serata dunia yang melalui sebuah badan khas bernama The New7Wonders Foundation. Keputusan rasmi telah diisytihar pada 7 Julai 2007 di Lisbon, Portugal.

1) The Pyramid of Chichen Itza di Semenanjung Yucatan, Mexico


2) Christ Reedemer di Rio De Janeiro, Brazil


3) The Roman Collesseum di Rome, Itali


4) The Taj Mahal di Agra, India


5) The Great Wall of China di China


6) Machu Picchu di Peru


7) Petra di Jordan


Buat masa ini telah disenaraikan 77 benda yang dipilih dari seluruh dunia untuk undian terbaru bagi The New7Wonders yang seterusnya sehingga 7 Julai 2009. 21 benda yang mendapat undian tertinggi akan disenarai pendek untuk pemilihan terakhir dan diundi sekali lagi. Keputusan The New7Wonders yang terbaru akan diumum pada tahun 2011.