16 April, 2009

5 yang best dan 5 yang tak best di UMP

Sempena semester terakhir kat UMP ni, aku nak meluahkan rasa hati aku sepanjang pengalaman aku duk kat universiti ini. Ini adalah pendapat aku sendiri berdasarkan apa yang aku rasa. Kalau tak setuju, aku tak kisah pun..haha

5 yang BEST:

1) Kawan-kawan

- mmg tak dinafikan kat sini member2 mmg sgt best. Kalau dibandingkan kawan2 masa aku sekolah, matrik, dan universiti, mereka yang kat UMP ni la yang terbaik terutamanya classmate aku. SEBAB aku ckp cmni kerana kat sini la aku paling jarang tension kalau pasal kawan2. Masing2 menunjukkan respect walaupun tak sekepala atau tak rapat. Bdk2 pompuan kelas aku pun best jgk walaupun ada yg aku tak berapa rapat. Tp apa2 pun, semua member2 yang baik ngan aku tetap best dan aku takkan lupa sampai bila2.

2) Lab

- ini la satu2nya yang aku bangga dgn UMP berbanding ngan universiti lain. Aku pernah melawat ke UKM, UPM dan UTM dan aku tetap kata lab UMP paling best. SEBAB aku kata cmtu adalah lab kat sini agak berbeza dari segi suasana dan kemudahan yg ada berbanding lab kat universiti lain. Kalau tak caya dtg la sendiri tgk kat sini. Lab kat sini agak besar dan segala mesin2 dan alat2 yg ada kat sini kebanyakannya sebijik macam kat industri. Kat sini student lebih diajar mengenai praktikal berbanding ngan teori semata2. Aku tak buat citer yg membanggakan diri tp mmg hakikatnya semua org cakap cmtu..hehe

3) Suasana

- walaupun UMP ni lebih kecik dari universiti lain seperti UM, UKM, UPM, UTM, USM dan sebagainya tp aku suka cmni. Nak gi kelas ke, gi lab ke, gi post guard depan ke, gi kolej kediaman yg lain ke, mmg senang je sbb tak jauh sgt berbanding ngan universiti lain. Walaupun still kena naik basikal atau kereta tp mmg jarak tempat yg kita nak pergi mmg tak berapa jauh. Kalau pusing satu UMP ni naik basikal setengah jam dah selesai.
- satu lagi UMP ni tak sibuk mcm universiti lain. Walaupun terletak kat tepi lebuh raya tp tak rasa pun bunyi bising. Kenderaan yg keluar masuk pun tak banyak setiap hari kecuali time peak hour.

4) Kolej kediaman

- satu lagi yg best kat sini adalah aku tak perlu risau kena duk luar sbb kediaman disediakan untuk semua pelajar tak kirala aktif atau tak. Kalau kat universiti lain, contohnya UiTM, bila dah masuk tahun 2 kenalah pandai2 duduk kat luar universiti cari rumah sewa sendiri. Kalau nak duk dlm pun sgt terhad kepada org yg aktif dlm aktiviti je. Kat sini, walaupun asrama dah tak cukup untuk menampung pelajar tp ada disediakan kawasan perumahan yg disewa oleh UMP dan dijadikan sebagai kolej kediaman. Satu rumah didiami 8 org. Sewa tak payah bayar sbb sudah termasuk dlm yuran pengajian. Bil air ngan api pun tak payah fikir. Guna je sampai puas tp jgn sampai kantoi..hehe. Sama je mcm duk kat asrama tp bezanya duk dlm rumah dan ada bilik sendiri. Best kan? Sesungguhnya aku bersyukur dgn kemudahan yg disediakan.

5) Kehidupan bersosial

- Yg bestnya kat UMP ni, kalau bab bersosial mmg senang kita nak kenal ngan bdk2 dari kos lain. Kalau kat universiti lain selalunya susah nak jumpa mcm ni. Kalau kenal pun bdk kos sendiri atau pun dari fakulti sendiri. Tp kat sini mcm2 org kita jumpa termasukla dari fakulti lain. Kalau pegi kafe ke, pegi masjid ke atau pun pegi kuliah pun kita akan dapat jumpa muka yang sama je setiap hari. Pastu kalau nak join aktiviti mmg sgt senang. Kalau universiti lain mmg terhad sbb student sgt ramai tp kat sini tak ramai sgt yg berebut nak join aktiviti. Kadang2 sampai kena paksa masuk plak tu. Hehe. Mungkin sbb faktor UMP yang bersaiz kecil dan bilangan pelajar yg sikit tu yg jadi cmni.

5 yang TAK BEST:

1) Internet

- Sejak dari tahun satu lagi internet UMP mmg troublesome. Mcm2 masalah sebenarnya internet UMP ni. Mula-mula pakai wireless tp sgt la tak best. Connection tak stabil, signal putus2, server down. Kadang2 je ok tp selalunya mmg tak ok. Skg dah pakai LAN cable. Hasilnya mmg lagi memuaskan dari wireless. Connection lebih stabil. Tp still takde improvement dari segi server tu sendiri. Kalau ramai je org pakai internet, mmg slow la connection tu. Skg ni plak connection bleh plak tak stabil dan asyik putus2. Kata selalu buat maintenence tp hasilnya mcm takde perubahan pun.
- Satu lagi polisi yang aku pelik pasal internet UMP ni adalah pasal block certain website daripada dilayari oleh student. Aku setuju kalau dia block website lucah tp tak setuju kalau dia block skype dan ym dari digunakan. Ini terjadi masa tahun 1 dulu. Friendster pun block. Website yg jadi tempat download tu mmg dah tau la diorang akan block. Tp nasib baik la student UMP ni bijak. Ada je cara kalau nak lepas masuk website yg diblock ni. Tp asalkan guna untuk tujuan yg baik. Hohoho..

2) Air

- UMP selalu je ada keadaan terputus bekalan air. Masalahnya bila takde air ni semua kerja jadi susah. Nak mandi, wudhuk, basuh baju, nak buang air semuanya jadi masalah. Bila takde air ni, kesabaran kita diuji dgn sangat tinggi. Takde air ni satu masalah yg lebih kronik drpd takde elektrik atau takde internet. Paling teruk skali pernah seminggu takde air. Bayangkan betapa peritnya hidup time genting cmtu. Kesian kat bdk2 perempuan sbb bila takde air diorang la yang paling susah sekali. Faham2 je la kan. Tp masalah air ni sbb yang berlaku sama je. Asyik2 paip pecah kat loji air empangan Lepar tu. Ntah paip apa diorang pakai asyik pecah je. Walaupun bukan salah UMP, tp aku tetap bengang sbb org lain buat masalah, org lain jgk yang kena.

3) Fakulti

- Yg aku nak ckp ni pasal fakulti aku iaitu Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Sejak aku belajar kat sini, aku dpt lihat sistem pentadbiran tunggang langgang. Polisi asyik bertukar tp lagi menyusahkan. Dekan asyik bertukar setiap penggal, tp lagi ckp berbalik-balik. Masalahnya polisi diorang tu la menyusahkan student sendiri. Asyik buat perubahan polisi tapi takde penambahbaikan pun. Lagi menyusahkan ada la.
- Satu lagi aku mmg tak puas hati dgn segelintir lecturer yang mmg perangai tak betul ni. Jadi lecturer tp mcm nak mendera student. Student dikerah suruh buat itu ini tp komplen lebih banyak dari membantu. Terus terang aku tak kan respect lecturer cmni. Tak semua lecturer cmtu. Aku tak nafikan mmg ada je yang best dan ok. Tp kalau jadi lecturer tp nak berlagak ngan ilmu yg ada toksah mimpi la nak dpt respect dari student sendiri. Boleh jadi student pun tak nak doakan kesejahteraan lecturer cmni sbb asyik nak mengutuk je..

4) Isu bodoh

- Benda ni terjadi masa aku tahun 3. Isu bodoh yang UMP utarakan adalah student diwajibkan pakai kad matrik sepanjang masa berada di UMP. Maksudnya kalau sebelum ini student hanya pakai kad matrik masa pegi kuliah atau semasa berurusan ngan pihak atasan universiti, tp skg pergi masjid time Maghrib atau time riadah pun kena pakai kat matrik. Padahal semua tu di luar waktu pejabat dan di luar kawasan yg mewajibkan pakai benda tu. Alasan nak mendidik supaya pelajar berdisiplin. Sgt la tak cerdik staf yang berkelulusan universiti ini dalam buat peraturan. Pelik tp mmg berlaku. Nasib baik student memberontak secara besar-besaran tak setuju. Mmg patut pun. Last2 peraturan ini dibatalkan. Nasibla kalau staf2 dan Naib Canselor sendiri kena maki hamun dgn student. Biar diorang rasa..Nasib baik la tak masuk berita. Kalau tak buat malu je...

5) Bosan

- UMP ni membosankan sebab duduk kat sini mcm terpenjara. Sbbnya terikat ngan peraturan mcm duduk kat asrama kat sekolah. Selepas pukul 12 tgh malam tak boleh keluar. Balik ke UMP lepas waktu tu pun kena soal macam2. Selepas pukul 12 tu jgk pak guard dah halau balik tak bleh merayap2 atau buat discussion kat tempat terbuka. Kafe2 tutup sgt awal iaitu dlm pukul 10 lebih pun dah tutup. Kalau nak makan time cmtu mmg dah takde makanan la jawabnya. Benda2 cmni takdela bagi masalah sgt kat aku tp tak selesa jgk kalau asyik diikat ngan peraturan mcm masa duk asrama sekolah dulu...huhu

7 comments:

a.n.y.s.s said...

woo panjangnye!
ni la kot prasaan org yg da nak abez study kat u..
lg 2 tahun aku wat entry camni gak la..hehe..

Nisa Humaira said...

Kempen Sayang UMP

http://www.ump.edu.my/sayangump/index.php?userid=CA16079

hai babad said...

9 tahun kemudian...

Syahmi Adnan said...

Saya dari masa hadapan. Bahawa benda yang best di dalam kurungan 4 adalah tidal benar sama sekali. Pada masa hadapan . Ada mahasiswa yang terpaksa menetap di luar dari penginapan yang disediakan oleh UMP!!!!’n

Unknown said...

Helo yang dari masa depan. Saya nak tau UMP masih mengalami masalah air lagi ke?

Unknown said...

yow nak tanyaa, ump ada sedia bilik sorng tak utk student?

Unknown said...

Tersangatla betul. Saya sebagai penduduk di gambang bersetuju dengan kenyataan anda perihal terdapat segelintir pelajar yg terpaksa menyewa rumah.