18 January, 2009

PAS menang Parlimen Kuala Terengganu

Semalam 17 Januari 2009 telah berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Pertandingan antara 3 penjuru ini membabitkan calon BN, PAS, dan Bebas. Keputusan pilihan raya yang diumumkan pada pukul 9.30 malam di Stadium Negeri adalah seperti berikut:


Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) = 30,252 undi



Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) = 32,883 undi



Azharudin Mamat (Bebas) = 193 undi


Keputusan di atas menyaksikan PAS menang di kawasan tersebut. Kemenangan ini memberi tamparan hebat kepada BN yang begitu yakin dapat mengekalkan kerusi parlimen ini namun berlaku sebaliknya. Sebenarnya banyak faktor yang mungkin mengundang kepada kekalahan BN dan juga kemenangan PAS. Isu-isu yang dibawa banyak mempengaruhi pemikiran rakyat. Pandangan saya, isu paling besar sekali adalah rakyat inginkan perubahan baru dalam sektor pemerintahan negara. Mereka beranggapan kepimpinan sekarang sudah tidak relevan dan ada yang banyak menyakitkan hati rakyat. Banyak janji manis ditabur tetapi tidak ditunaikan kecuali apabila menjelang pilihan raya. Itu pun terhegeh hegeh baru nak jumpa rakyat :p

Contohnya isu pengembalian royalti minyak oleh BN kepada Terengganu yang berjumlah billion ringgit. Mengapa setelah digesa sekian lama untuk mengembalikan hak royalti minyak yang ditarik balik semasa pemerintahan PAS di negeri ini dua penggal lalu tiba tiba sahaja baru nak dikembalikan bila pilihan raya ini akan berlangsung? Sedangkan sebelum ini isu ini dibiarkan sahaja oleh kerajaan negara. Adakah ianya sekadar untuk memancing undi rakyat Terengganu yang luka setelah bertahun tahun menunggu? Saya rasa sangat meluat apabila tetiba je upacara penyerahan royalti itu disiarkan secara langsung di RTM pada Disember lepas. Seolah olah ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan ini tak mungkir janji la time tu. Sebelum ini takde pulak buat macam tu. Cubalah kerajaan fikir dengan bijak. Rakyat sekarang bukanlah mudah terpengaruh dengan pembangunan atau ganjaran mata wang. Janganlah memperbodohkan rakyat dengan menggunakan media massa untuk memutarbelitkan kelemahan sendiri. Memang tidak dinafikan kerajaan banyak berjasa kepada rakyat Malaysia sepanjang pemerintahan mereka tetapi hak rakyat mesti diutamakan dahulu daripada yang lain. Pentadbiran juga mestilah adil dan pengurusan mestilah bijak.

Tahniah di atas kemenangan PAS. Harap BN dapat ambil iktibar dan mengkaji kelemahan diri sendiri.

p/s: Lain kali kalau BN nak menang balik kat sini bawaklah pengundi hantu banyak banyak ya... Kalau tak dapat pengundi hantu, bawak hantu pun jadi la...haha :p

12 January, 2009

Perhimpunan Air Matamu Palestin

Pada hari Jumaat yang lepas 9 Januari 2009, telah berlangsungnya Perhimpunan Air Matamu Palestin bertempat di hadapan Masjid UMP selepas solat Jumaat. Demonstrasi secara aman ini bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan membakar semangat anti Israel di kalangan student UMP di samping mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin. Selain itu, Tabung Bantuan Palestin turut dilancarkan oleh Naib Canselor.

Kehadiran siswa dan siswi yang ramai pada petang itu telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar UMP sangat prihatin dalam isu ini dan semangat mereka terserlah dengan laungan 'Hidup Palestin', 'Hancur Israel', dan takbir berulang-ulang kali. Saya turut sama berada di kelompok yang ramai itu untuk memberi sokongan terhadap perhimpunan dan saya melihat semangat pelajar-pelajar UMP amat memberangsangkan.

Perhimpunan Air Matamu Palestin


Ucapan penuh semangat oleh YDP MPP, saudara Suffi

11 January, 2009

Boikot Barangan Yang Menyumbang Kepada Israel

Saban hari saban tahun krisis kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin tiada noktahnya. Ramai penduduk Palestin yang terkorban dan angka ini meningkat setiap hari. Negara Palestin telah menjadi padang jarak padang terkukur manakala ramai rakyat jelata mati bermandikan darah dan lebih menyedihkan golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua paling ramai yang menjadi mangsa. Disebabkan isu ini, ramai pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata dari seluruh dunia lantang bersuara mengutuk kekejaman Israel.

Kenapa Israel masih tidak mahu berganjak dan menghentikan serangan mereka? Banyak faktor yang mendorong kepada kekejaman ini masih berterusan. Salah satunya mereka mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat, yang merupakan kuasa besar dunia dan sekutu Israel dalam isu ini. Lebih menyakitkan hati, Amerika Syarikat lebih banyak berdiam diri daripada bertindak dalam soal ini walaupun jelas sekali kekejaman terpampang di depan mata dan banyak bantahan keras diterima dari seluruh dunia sehingga berlaku demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika di setiap negara seluruh dunia.

Bagi Israel, mereka tidak akan puas selagi tidak dapat menghapuskan semua penduduk Palestin dan menguasai Asia Barat. Kekejaman bukanlah satu masalah bagi mereka asalkan cita-cita mereka tercapai. Mereka tidak kisah walaupun amat dibenci di seluruh dunia terutamanya masyarakat Islam. Syukur Alhamdulillah negara kita Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sejak zaman merdeka lagi. Ini membolehkan kita bebas untuk mengutuk Israel tanpa melibatkan hubungan politik antara negara.

Walaubagaimanapun, sebagai masyarakat Islam yang amat mementingkan kesejahteraan dan keadilan sejagat sesama manusia, kita patut turut sama dalam memberi sumbangan untuk membantu saudara Islam kita di Palestin. Memang diakui kita tidak mampu untuk berjuang di medan perang, namun sumbangan kita dalam hal yang lain turut membantu walaupun agak kecil. Sumbangan yang kita boleh lakukan adalah memboikot segala produk yang memyumbang kepada Israel. Kesannya tidaklah kita nampak dengan mata kasar tetapi bermakna kerana impaknya cukup besar. Kalaulah berjuta umat Islam di serata dunia sama-sama buat seperti yang kita lakukan, cubalah bayangkan besar ke tak impaknya?

Senarai produk yang menyumbang kepada Israel


Gambar di atas adalah sebahagian senarai produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada Israel. Ada banyak lagi produk sebenarnya yang takde dalam gambar kat situ tetapi boleh dilayari dalam laman web ini:
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Selamat Pengantin Baru Zonan...


Rasanya belum terlambat untuk aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada bekas housemateku Mohd Azlan bin Haji Mat Ali (lebih dikenali sebagai Zonan di kalangan budak2 rumahku) yang menamatkan zaman bujangnya pada November 2008 yang lalu. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Harap2 jangan la lupa kenangan bersama semasa di UMP dulu ya...

p/s: Dah kahwin tu janganla main game DOTA lg ya...hehe

Pengenalan

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya dalam sejarah akhirnya lahirlah blog aku yang serba kekurangan ini...hehe.. Sebenarnya dah lama rasa nak ada blog sendiri tapi disebabkan kemalasan yang sering merajai diriku untuk mengarang blog mengatasi segalanya...Walaupun begitu masih belum terlambat untuk aku mengasah bakat dalam bidang penulisan ini...

Tema blog ini iaitu "You'll Never Walk Alone" adalah diambil daripada motto pasukan bola sepak kegemaran aku di UK yang terkenal serata dunia iaitu Liverpool FC. Kalau dialih bahasa dalam Bahasa Malaysia ia membawa maksud "Kamu tidak akan berjalan sendiri". Mungkin sesetengah orang tidak akan faham maksud tema ini jika kita tidak mendalami maksudnya. Maksudnya setiap perbuatan yang ingin kita lakukan kita tidak akan dapat melakukan bersendirian. Sebagai manusia yang lemah lagi kerdil kita amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Contoh yang paling terdekat sudah pasti la emak dan ayah kita yang membimbing dari kecil. Kalau bukan ibu bapa sekalipun kita masih tetap memerlukan kawan-kawan, guru-guru dan masyarakat sekeliling untuk membimbing kita. Selain itu kita jangan lupa yang ALLAH akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan sekalipun. Terbuktilah di sini bahawa setiap yang kita lakukan kita tidak akan bersendiri. Itulah yang kita mesti ingat sampai bila-bila.

Sekian mukadimah daripada saya... Insya Allah kita bertemu dalam post yang seterusnya :)