11 January, 2009

Boikot Barangan Yang Menyumbang Kepada Israel

Saban hari saban tahun krisis kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin tiada noktahnya. Ramai penduduk Palestin yang terkorban dan angka ini meningkat setiap hari. Negara Palestin telah menjadi padang jarak padang terkukur manakala ramai rakyat jelata mati bermandikan darah dan lebih menyedihkan golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua paling ramai yang menjadi mangsa. Disebabkan isu ini, ramai pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata dari seluruh dunia lantang bersuara mengutuk kekejaman Israel.

Kenapa Israel masih tidak mahu berganjak dan menghentikan serangan mereka? Banyak faktor yang mendorong kepada kekejaman ini masih berterusan. Salah satunya mereka mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat, yang merupakan kuasa besar dunia dan sekutu Israel dalam isu ini. Lebih menyakitkan hati, Amerika Syarikat lebih banyak berdiam diri daripada bertindak dalam soal ini walaupun jelas sekali kekejaman terpampang di depan mata dan banyak bantahan keras diterima dari seluruh dunia sehingga berlaku demonstrasi besar-besaran di hadapan kedutaan Amerika di setiap negara seluruh dunia.

Bagi Israel, mereka tidak akan puas selagi tidak dapat menghapuskan semua penduduk Palestin dan menguasai Asia Barat. Kekejaman bukanlah satu masalah bagi mereka asalkan cita-cita mereka tercapai. Mereka tidak kisah walaupun amat dibenci di seluruh dunia terutamanya masyarakat Islam. Syukur Alhamdulillah negara kita Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sejak zaman merdeka lagi. Ini membolehkan kita bebas untuk mengutuk Israel tanpa melibatkan hubungan politik antara negara.

Walaubagaimanapun, sebagai masyarakat Islam yang amat mementingkan kesejahteraan dan keadilan sejagat sesama manusia, kita patut turut sama dalam memberi sumbangan untuk membantu saudara Islam kita di Palestin. Memang diakui kita tidak mampu untuk berjuang di medan perang, namun sumbangan kita dalam hal yang lain turut membantu walaupun agak kecil. Sumbangan yang kita boleh lakukan adalah memboikot segala produk yang memyumbang kepada Israel. Kesannya tidaklah kita nampak dengan mata kasar tetapi bermakna kerana impaknya cukup besar. Kalaulah berjuta umat Islam di serata dunia sama-sama buat seperti yang kita lakukan, cubalah bayangkan besar ke tak impaknya?

Senarai produk yang menyumbang kepada Israel


Gambar di atas adalah sebahagian senarai produk-produk yang dikatakan menyumbang kepada Israel. Ada banyak lagi produk sebenarnya yang takde dalam gambar kat situ tetapi boleh dilayari dalam laman web ini:
http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

0 comments: