7 Keajaiban Dunia versi terbaru ini telah diundi oleh lebih 100 juta penduduk serata dunia yang melalui sebuah badan khas bernama The New7Wonders Foundation. Keputusan rasmi telah diisytihar pada 7 Julai 2007 di Lisbon, Portugal.
1) The Pyramid of Chichen Itza di Semenanjung Yucatan, Mexico
2) Christ Reedemer di Rio De Janeiro, Brazil
3) The Roman Collesseum di Rome, Itali
4) The Taj Mahal di Agra, India
5) The Great Wall of China di China
6) Machu Picchu di Peru
7) Petra di Jordan
Buat masa ini telah disenaraikan 77 benda yang dipilih dari seluruh dunia untuk undian terbaru bagi The New7Wonders yang seterusnya sehingga 7 Julai 2009. 21 benda yang mendapat undian tertinggi akan disenarai pendek untuk pemilihan terakhir dan diundi sekali lagi. Keputusan The New7Wonders yang terbaru akan diumum pada tahun 2011.
23 February, 2009
7 Keajaiban Dunia Terbaru
Labels: Fakta Menarik
Posted by Faris at 2:06:00 PM 0 comments
Miracle of Allah
Assalamualaikum... sekadar berkongsi. Inilah gambar-gambar yang menunjukkan akan kekuasaan Allah. Bila lihat sahaja gambar ini, serta merta timbul rasa kekaguman kita terhadap kebesaran Allah.
Ini adalah gambar yang menunjukkan kalimah Allah di merata tempat










Labels: Perkongsian
Posted by Faris at 11:14:00 AM 0 comments
11 February, 2009
Lagenda Yang Tiada Pengganti
Melihatkan persembahan bola sepak Malaysia masa kini sememangnya penuh kekecewaan. Kalah teruk 5-0 di tangan UAE pada kelayakan Piala Dunia amat memalukan. Entah di mana silapnya bola sepak Malaysia semakin mundur berbanding ketika era 60-an, 70-an dan 80-an. Sebagai peminat bola sepak, aku ingin sangat pasukan negara kita seperti zaman kegemilangan mereka. Tiba-tiba aku teringat dan merindui akan kelibat lagenda bola sepak Malaysia iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari yang tiada tandingnya.
Siapa yang tak kenal Mokhtar Dahari? Mungkin generasi sekarang ada yang tidak tahu tetapi Mokhtar Dahari adalah pemain terbaik di Malaysia sepanjang zaman. Sehingga sekarang, masih tidak ada pemain yang boleh menyamai beliau apatah lagi untuk mengatasi beliau. Sememangnya beliau adalah lagenda yang tiada pengganti. Jika tidak percaya, tanyalah sesiapa sahaja yang hidup ketika tahun 70-an hingga 80-an itu , pasti mereka akan memberi jawapan yang sama.


MOKHTAR DAHARI
Latar Belakang
GELARAN: Super Mokh
TARIKH LAHIR: 13 November 1953
TEMPAT LAHIR: Setapak, Kuala Lumpur
ISTERI: Tengku Zarina Tengku Ibrahim
BAPA: Dahari Abeng
EMAK: Maimon Sadikin
ANAK: Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina
Karier
KELAB: Selangor, Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PASUKAN KEBANGSAAN: Malaysia (1972-1985)
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
Anugerah
Juara Piala Malaysia 10 kali bersama Selangor.
Pingat gangsa Sukan Asia 1974
Olahragawan Kebangsaan 1976
Kronologi
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.
1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.
1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.
1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas
tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.
1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.
1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.
1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi.
Fakta Menarik Tentang Mokhtar Dahari
1) Menerima sepasang but bola yang hanya berharga RM15 daripada ayahnya
2) Sepakan deras yang menjadi kelebihannya pernah mematahkan 3 jari penjaga gol negara R Arumugam
3) Memegang rekod sebagai pemain yang paling banyak memenangi Piala Malaysia
4) Pernah mendapat tawaran untuk bermain di luar negara oleh pasukan Arsenal tetapi ditolak.
5) Pernah mengumumkan persaraan sebanyak 3 kali
6) Pernah bermain satu perlawanan menentang Maradona
7) Pernah muncul sebagai watak sampingan dalam filem Mekanik
8) Pernah diiktiraf sebagai pemain terbaik Asia oleh majalah World Soccer pada usia 23 tahun
Labels: Bola Sepak
Posted by Faris at 12:15:00 PM 2 comments
05 February, 2009
UMP semakin hilang sengat?
Kedudukan UMP hampir tercorot
KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.
''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.
''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.
Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.
Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.
''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.
''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.
Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.
Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.
Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'
''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.
Sumber Utusan Malaysia 4 Februari 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
Assalamualaikum...
Berdasarkan artikel di atas, sebagai warga UMP memang agak terkejut apabila khabar sebegitu rupa disiarkan dalam akhbar yang dibaca oleh seluruh Malaysia dan dunia. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap UMP.
Tetapi itu bukan alasan untuk cepat melatah dan membuat provokasi. Apa yang dikatakan oleh Naib Canselor dalam amanat tahunan beliau ada benarnya. Ya memang aku bersetuju NC berterus terang walaupun benda itu tidaklah menyenangkan.
Kenapa aku bersetuju? Sebab sebelum ini tak pernah pun staf ditegur sebegitu rupa. Selalunya kalau buruk nama universiti, pelajar dipersalahkan. Kalau harum nama universiti, staf yang dipuji walaupun atas usaha pelajar. Tetapi lain ceritanya apabila perkara itu keluar dari mulut NC sendiri. Tetapi jangan la student jadi perasan NC back up student dan bukanlah beliau berkata begitu untuk student ambil kesempatan dan menganggap diri mereka tidak salah.
Memang sepanjang aku berada di UMP ni, perkara itu terjadi iaitu staf kurang komitmen dengan pelajar. Lecturer, pegawai, pak guard dan sebagainya semuanya ada. Tidaklah semua tetapi ada segelintir. Ada je staf yang memang betul2 membantu pelajar. Itu memang sangat2 dipuji.
Masalahnya bila ada staf yang banyak kerenah ini. Ada je aku jumpa. Memang sukar jadinya bila berurusan ngan diorang terutama dalam sesuatu kerja dan aktiviti. Penyelesaiannya dalam hal ini, komunikasi secara baik memang satu yang penting + kesabaran yang tinggi. Asalkan matlamat kita tercapai dalam sesuatu kerja tu cukuplah.
Aku memang respect staf2 kat sini. Cuma kalau cara mereka melayan student dengan tidak elok, hilanglah respect kita. Tak susah sebenarnya. Asalkan masing2 saling memahami dan menghormati, confirm hubungan antara staf ngan student jadi erat. Selain itu jangan jadikan umur dan pangkat menjadi pemisah antara staf ngan student. Kalau staf nak dapat respect dari student ni mudah je... Asalkan anggap student macam kawan2 dan buang segala ego mereka sebagai staf.
p/s: Harap2 la staf2 sedar kelemahan diorang dan sama2 bangunkan semula UMP
Labels: UMP
Posted by Faris at 9:41:00 AM 0 comments
03 February, 2009
Walimatulurus
Assalamualaikum
- Sekarang ini kebanyakan majlis kahwin mesti ada siaraya yang akan memutarkan macam2 lagu. Kadang2 tu siap ada deejay yang asyik melalut sorang2 dan ada jugak tempat karaoke kat situ. Aku tak setuju sebab benda ini mengganggu ketenteraman tetamu yang sedang menjamu selera. Lagu yang dimainkan dipasang dengan begitu kuat ditambah dengan speaker yang besar memang menyakitkan telinga. Cuba la tuan rumah tu fikir, bukan semua tetamu yang suka benda macam ni. Tetamu nak bersembang sesama sendiri pun tak terdengar sebab lagu yang dipasang terlalu kuat. Cuba fikir kalau ada orang tua2 yang ada sakit jantung pastu kalau ada bayi kecil yang sedang tidur kat dalam suasana majlis seperti ini, selesakah mereka? Itu belum lagi kalau kita bercakap jiran2 sekeliling yang terganggu dengan perkara ini.
Labels: Pendapat
Posted by Faris at 10:55:00 AM 0 comments