Kedudukan UMP hampir tercorot
KUANTAN 3 Feb. - Sikap segelintir pegawai dan kakitangan yang tidak berdisiplin menjadi salah satu punca Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada di kedudukan hampir tercorot di kalangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim menegaskan, pihaknya kesal dengan sikap pegawai dan kakitangan terbabit yang lebih mengutamakan soal remeh temeh tanpa memberi perhatian kepada aspek kualiti.
''Ada pegawai dan kakitangan yang menjadikan majlis-majlis pelancaran, perasmian dan perjumpaan di Kuala Lumpur atau di tempat lain sebagai keutamaan berbanding dalam universiti ini.
''Kita lebih kerap memberi perhatian kepada perkara yang remeh. Kadangkala lebih menitikberatkan protokol dan kedudukan," katanya ketika menyampaikan Amanat Tahunan 2009 di depan kira-kira 4,000 warga UMP di kompleks sukan universiti itu di sini hari ini.
Teguran Naib Canselor itu disambut dengan tepukan gemuruh ribuan pelajar yang hadir pada majlis tersebut.
Daing Nasir menegaskan, terdapat pegawai universiti itu yang kurang mengambil berat hal ehwal pelajar selain tidak mementingkan masa.
''Peraturan yang dikenakan kepada pelajar juga tertumpu kepada perkara remeh-temeh berasaskan andaian dan buruk sangka.
''Kita lebih cenderung kepada perkara yang mudah seperti membuat peraturan ketat kepada pelajar sedangkan pegawai itu sendiri kurang selesa dengan perkara yang mencabar untuk meningkatkan kebajikan pelajar dan staf," katanya.
Menurutnya, kedudukan UMP di kedudukan hampir tercorot di kalangan IPTA di negara ini mengejutkan pihak pentadbiran universiti kecuali bagi 'mereka yang masih lena'.
Daing Nasir turut mengingatkan pegawai UMP supaya tidak 'syok sendiri' dalam menjalankan aktiviti seperti penerbitan sehingga kegiatan yang dilakukan tidak memberi impak kepada dunia di luar kampus.
Sehubungan itu, beliau mahu setiap pegawai dan kakitangan UMP memberi nafas baru kepada slogan universiti iaitu 'kejuruteraan, teknologi dan kreativiti.'
''UMP memerlukan rekaan semula, berteknologi dan berinovasi. Nama UMP jelas telah memberikan kulit baru kepada universiti ini tetapi isinya masih jauh lagi dari sebuah universiti terkemuka dalam banyak aspek," katanya.
Sumber Utusan Malaysia 4 Februari 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm
Assalamualaikum...
Berdasarkan artikel di atas, sebagai warga UMP memang agak terkejut apabila khabar sebegitu rupa disiarkan dalam akhbar yang dibaca oleh seluruh Malaysia dan dunia. Sedikit sebanyak ia mempengaruhi pandangan masyarakat terhadap UMP.
Tetapi itu bukan alasan untuk cepat melatah dan membuat provokasi. Apa yang dikatakan oleh Naib Canselor dalam amanat tahunan beliau ada benarnya. Ya memang aku bersetuju NC berterus terang walaupun benda itu tidaklah menyenangkan.
Kenapa aku bersetuju? Sebab sebelum ini tak pernah pun staf ditegur sebegitu rupa. Selalunya kalau buruk nama universiti, pelajar dipersalahkan. Kalau harum nama universiti, staf yang dipuji walaupun atas usaha pelajar. Tetapi lain ceritanya apabila perkara itu keluar dari mulut NC sendiri. Tetapi jangan la student jadi perasan NC back up student dan bukanlah beliau berkata begitu untuk student ambil kesempatan dan menganggap diri mereka tidak salah.
Memang sepanjang aku berada di UMP ni, perkara itu terjadi iaitu staf kurang komitmen dengan pelajar. Lecturer, pegawai, pak guard dan sebagainya semuanya ada. Tidaklah semua tetapi ada segelintir. Ada je staf yang memang betul2 membantu pelajar. Itu memang sangat2 dipuji.
Masalahnya bila ada staf yang banyak kerenah ini. Ada je aku jumpa. Memang sukar jadinya bila berurusan ngan diorang terutama dalam sesuatu kerja dan aktiviti. Penyelesaiannya dalam hal ini, komunikasi secara baik memang satu yang penting + kesabaran yang tinggi. Asalkan matlamat kita tercapai dalam sesuatu kerja tu cukuplah.
Aku memang respect staf2 kat sini. Cuma kalau cara mereka melayan student dengan tidak elok, hilanglah respect kita. Tak susah sebenarnya. Asalkan masing2 saling memahami dan menghormati, confirm hubungan antara staf ngan student jadi erat. Selain itu jangan jadikan umur dan pangkat menjadi pemisah antara staf ngan student. Kalau staf nak dapat respect dari student ni mudah je... Asalkan anggap student macam kawan2 dan buang segala ego mereka sebagai staf.
p/s: Harap2 la staf2 sedar kelemahan diorang dan sama2 bangunkan semula UMP
0 comments:
Post a Comment